



Lepas Lili siap, perasan ada anak fuzzy loop kat situ. Bila tanya Ali adakah ini baka dari Ebit pasal kitorang selalu hantar kahwin dia kat sini tapi Ali kata bukan pulak..... kalau betul, kayalah tokey kedai nie.... kerana baka ebit boleh buat duit.......... Pagi semalam dah plan nak hantar Lili buat grooming kat Taman Arnab di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Dapat tahu pulak si Lili nie cirit birit bila tengok najisnya melekat kat bulunya. Sampai sana Ali dah faham bila kitorang bawak sangkar ni. Terus suntik ubat, potong kuku dan mandikan dia.. Cantik dah.... Masa borak2 ngan Ali nie, dia tanya kalau2 kitorang nak jual ke Lili nie dengan harga RM300.00 kerana ada tempahan dari baka ini. Terkejut juga kerana Lili nie pada awalnya kami beli dari harga RM35 je..
Terus sayang pulak kitorang nak buat projek kahwinkan dia nanti... Lepas balik dari kedai Ali dan masa makan kitorang plan untuk cari ganti untuk Ebit kami tu.... terus cari kat Mudah.my tapi takde pulak.. Terus gamble gi rumah yang kitorang beli Lulu dulu....
Nantikan entri seterusnya............