Monday, July 16, 2012

FIFI.... ahli keluarga baru...


Petang semalam jugak kitorang pergi rumah akak Ana yang jual arnab di jalan shapadu Kapar. Walaupun no. henpon dia takde kami gamble ke sana. Nasib baik ada. Pencarian bermula. Dan inilah yang kami dapat. Kacukan anggora dan teddy bear betina dan usia 1 1/2 bulan.
Letakkan dia bersama Lili dan nampaknya tiada masalah...

Maknanya kat rumah kami nanti akan bertambahlah bilangan arnab kami.... buat masa sekarang nampaknya macam ok... tunggu dan lihat....

time 4 grooming......




Lepas Lili siap, perasan ada anak fuzzy loop kat situ. Bila tanya Ali adakah ini baka dari Ebit pasal kitorang selalu hantar kahwin dia kat sini tapi Ali kata bukan pulak..... kalau betul, kayalah tokey kedai nie.... kerana baka ebit boleh buat duit..........

Pagi semalam dah plan nak hantar Lili buat grooming kat Taman Arnab di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Dapat tahu pulak si Lili nie cirit birit bila tengok najisnya melekat kat bulunya. Sampai sana Ali dah faham bila kitorang bawak sangkar ni. Terus suntik ubat, potong kuku dan mandikan dia.. Cantik dah.... Masa borak2 ngan Ali nie, dia tanya kalau2 kitorang nak jual ke Lili nie dengan harga RM300.00 kerana ada tempahan dari baka ini. Terkejut juga kerana Lili nie pada awalnya kami beli dari harga RM35 je..
Terus sayang pulak kitorang nak buat projek kahwinkan dia nanti... Lepas balik dari kedai Ali dan masa makan kitorang plan untuk cari ganti untuk Ebit kami tu.... terus cari kat Mudah.my tapi takde pulak.. Terus gamble gi rumah yang kitorang beli Lulu dulu....
Nantikan entri seterusnya............

Friday, July 13, 2012

sikecil penambah seri

Ebit.... arnab kami yang pertama. Sempena hari lahir Wife yang ke35. Jenis Fuzzy Loop (jantan).
Yang Kiri Lulu jenis Lion Head dan yang kanan Lili jenis Teddy bear.

Pada mulanya takut juga nak membela binatang peliharaan nie maklumlah kadang2 tu bau pun busuk dan kadang2 binatang nie bising... Tapi gamble je cuba. Nampaknya setelah Ebit hampir masuk 9 Bulan, Lili 4 bulan dan Lulu 3 bulan ianya menambah seri di rumah kami. Dan terima kasih pada Kakak dan Adik kerana menjadi Penjaga. Hehehe.... kan kena kemaskan rumah dan pastikan mereka dapat makan yang secukupnya...
Dan jika dipermudahkan Allah, kami akan biakkan baka ini dan cuba mencari pendapatan dengan mereka. Mana tau ada rezeki kami di sini. Apapun tunggu yang betina nie besar dahulu...

salam perkenalan



Salam. Buat pertama kalinya saya menulis setelah sekian lama menyiapkan blog ini. Pastinya idea membuat blog ini tercetus kerana saya rasakan luahan2 saya yang selalu dilepaskan di facebook saya. Ada yang tidak senang dengan cara saya rupanya. Tapi sebenarnya niat saya bukan apa hanya untuk mengajak rakan2 untuk bersama2 merasai pengalaman yang saya rasa itu dan menjadikan diri mereka dalam keadaan yang lebih baik... Tak faham kan.... takpelah... blog ini nanti akan mengajak tuan/puan meneroka kehidupan yang hanya sekalinya ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...